M  I  N  D  V  I  S  I  O  N     M  E  R  E  A  L  I  S  A  S  I  K  A  N     P  E  M  B  A   N  G  U  N  A  N     M  O  D  A  L     I  N  S  A  N     N  E  G  A  R  A

 
 

 

 

Kenali Mindvision Training

Perkhidmatan Latihan
Pakej Latihan
Takwim 2012
Modul Latihan
Jurulatih dan Penceramah
Pertanyaan
Borang Tempahan Kursus
Hubungi Mindvision
 

 

 

DARI PENA PENGARAH

7 Golongan Mendapat Perlindungan Arasy-Nya Di Hari Kiamat

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim
seterusnya

MENDIDIK DENGAN IRINGAN DOA

Mendidik bermaksud menjaga, memelihara, melatih dan mengajar. Orang yang diamanahkan untuk tujuan tersebut di institusi-institusi pendidikan formal adalah guru-guru atau pendidik.

Peranan pendidik ialah memberi atau menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan akhlak mulia, menjadi contoh dan teladan, mengawas, melatih, menilai dan memperbaiki pelajar. seterusnya

TIPS MEMANTAPKAN PASUKAN KERJA

Menggalakkan Sikap Terbuka

Kerja berpasukan tetapi berahsia tidak seiringan. Adakan perjumpaan berbentuk formal ataupun tidak formal secara kerap. Ini akan memberi peluang kepada semua ahli pasukan untuk bersikap lebih terbuka. seterusnya

 

TIPS MENINGKATKAN KECEMERLANGAN DIRI DI TEMPAT KERJA

 

Kenali kehebatan dan potensi diri anda.

 

Setiap manusia mempunyai  100,000,000,000 neuron di dalam otak. Masing-masing tersedia untuk digunakan dengan sempurna. Cari kehebatan dan potensi  diri anda, jika telah menjumpainya, gunakan dan perbaiki dari masa kesemasa. seterusnya

 

Formula Menjadi Pengawas / Ketua Kelas Yang Dihormati

  • Jadilah seorang yang pandai

  • Jadilah seorang yang berdisiplin

  • Jadilah seorang yang kemas dan bersih

  • Jadilah seorang yang peramah

  • Jadilah seorang yang ceria dan gembira

  • Jadilah seorang yang beriman dan berakhlak mulia seterusnya

40 Kesilapan Ibu Bapa

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
seterusnya

Kenyataan Hidup Disebalik Permainan Ini

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam! " seterusnya

Penawar Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri
kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
seterusnya

Ubat Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

 

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik penciptaan. Bermulanya dengan setitik air yang hina sehinggalah bergelar seorang insan bernama manusia. Diberikan pula berbagai-bagai nikmat yang tak ternilai banyaknya tanpa mengira siapa kita. Namun, kita sering lalai dan lupa untuk mensyukuri di atas anugerah yang dikurniakan, bahkan kita masih lagi berlumba-lumba mengejar kemewahan yang bersifat sementara itu. seterusnya

Peranan Ibubapa Dalam Mendidik

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Beberapa minggu lalu saya berkesempatan ke Melaka untuk menerima undangan ceramah bagi Program Pencegahan Penagihan Semula, Agensi Antidadah Kebangsaan. Saya diminta memberi ceramah bertajuk Peranan Keluarga Dalam Meneruskan Pemantapan Kepulihan Diri Sepanjang Hayat. seterusnya

Remaja dan Jiwa Hipokrit

Setahun berlalu meninggalkan kita dengan seribu kenangan. Tahun 2007 saya telah melatih lebih dari 3000 orang peserta yang kebanyakannya adalah remaja. Dengan kesempatan untuk melatih remaja ini saya berpeluang untuk menyusup masuk ke dalam jiwa mereka bagi memahami dengan lebih mendalam satu perkara yang unik iaitu JIWA REMAJA.

Jiwa remaja sememangnya sesuatu yang kompleks dan perlu di fahami secara mendalam dan lebih lanjut. Remaja zaman sekarang tidak kira lelaki mahupun perempuan, berpendidikan atau tidak semuanya mempunyai jiwa yang sama iaitu mereka samada disedari atau tidak mempunyai sikap HIPOKRIT atau bermuka-muka. seterusnya

Sifat Marah dan Kesannya

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
 

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. seterusnya

Santapan Rohani

Betapa besarnya nilai wang kertas RM10 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan tetapi
betapa kecilnya kalau dibawa ke pusat membeli belah untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya menghadap Allah selama lima belas minit namun betapa singkatnya kalau kita menonton televisyen.

Betapa sukarnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun betapa mudahnya kalau bersembang atau bergosip dengan rakan. seterusnya

Membudayakan Pemikiran Positif

Setiap hari tanpa kita sedari, kita sebenarnya hidup dalam persekitaran yang menguasai pemikiran kita untuk berfikiran negatif. Budaya pemikiran negatif ini sebenarnya datang secara tidak langsung kepada kita. Sebagai contoh, apabila kita bangun pagi untuk ke sekolah, ke kuliah ataupun ke tempat kerja, perkara yang kita takutkan ialah LEWAT. Kelewatan atau datang lambat adalah perkataan negatif yang jarang kita ambil kisah. Ianya membentuk pemikiran kita kearah sesuatu yang negatif ! akhirnya memang kita akan biasa untuk lewat kesuatu destinasi.

Tidakkah anda pernah melalui situasi begini ? Samada anda lewat atau orang yang anda tunggu untuk berjumpa anda datang lewat. Ini adalah kerana budaya lewat telah menjadi sesuatu yang sebati dalam kehidupan masyarakat kita. Mengapa perkara ini terjadi ? Jawapanya adalah kerana sejak dari kecil lagi kita telah membentuk pemikiran kita tentang LEWAT ini dan akhirnya ianya telah menjadi DIRI kita sendiri. seterusnya

Imiginasi dan Kejayaan

Pernahkan anda membuat rakit buluh ? Cuba anda bayangkan anda sedang membina sebuah rakit daripada buluh. Bayangkan bagaimana anda mengikat buluh-buluh tersebut dengan tali dan bayangkan anda sedang berada diatas rakit tersebut menyusuri sungai. Jika pada suatu hari nanti anda berpeluang untuk membuat rakit buluh sendiri, pastinya anda boleh membuatnya dengan imiginasi anda sekarang.

Jangan kita memandang enteng tentang imiginasi kerana imiginasi bukannya gambaran kosong atau angan-angan sahaja. Tetapi imiginasi adalah satu kaedah yang boleh memungkinkan realiti dalam banyak perkara. seterusnya

 

 

© 2006 - 2012 Mindvision Training & Services. All rights reserved.