|
DARI PENA PENGARAH
7 Golongan
Mendapat Perlindungan Arasy-Nya Di Hari Kiamat
Abu
Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada
hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin
yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada
Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang
berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki
yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan
maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah;
seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan
kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya;
dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan
mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim
1. Pemimpin
(imam) yang adil.
Setiap
yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka
bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapat berlaku adil.
Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan
anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.
2. Pemuda
yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan
Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa
hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah
melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan
naungan Ilahi.
3. Lelaki
yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu
juga bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah.
Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk
sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.
4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan
berpisah kerana ALLAH.
Dalam
satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat
kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi
saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?”
Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi:
Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi:
“Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada
apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?”
Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki
itu menjawab:
” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya
Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana
kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki
syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada
tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya,
sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah
hubungan ini dieratkan.
5. Lelaki
apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.
Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga
menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati
yang menginsafi kebesaran ALLAH.
6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan
berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku
takutkan ALLAH”
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan
azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.
7. Lelaki
yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.
Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan
diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi.
Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak
mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan
kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan
kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.
Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada
yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan
redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam
golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.
Mohd Haris b. Hairun Paezi
9
September 2009
kembali ke laman Dari Pena
|