M  I  N  D  V  I  S  I  O  N     M  E  R  E  A  L  I  S  A  S  I  K  A  N     P  E  M  B  A   N  G  U  N  A  N     M  O  D  A  L     I  N  S  A  N     N  E  G  A  R  A

.
 

 

 

 
.

 

 
 

DARI PENA PENGARAH

Santapan Rohani

Betapa besarnya nilai wang kertas RM10 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan tetapi
betapa kecilnya kalau dibawa ke pusat membeli belah untuk dibelanjakan!

Betapa lamanya menghadap Allah selama lima belas minit namun betapa singkatnya kalau kita menonton televisyen.

Betapa sukarnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun betapa mudahnya kalau bersembang atau bergosip dengan rakan.

Betapa asyiknya apabila menonton rancangan / konsert hiburan namun kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.

Betapa sulitnya untuk membaca satu lembar Al-qur’an tapi betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel yang laris.

Betapa sukanya orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa mudahnya membuat 30 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun alangkah sukarnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.

Betapa sulitnya untuk hadirkan diri di tempat solat ; namun betapa mudahnya untuk hadir awal ketika menghadiri sesuatu majlis yang digemari.

Betapa sulitnya untuk mempelajari maksud yang terkandung di dalam al qur’an; namun betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi cerita yang sama kepada orang lain.

Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa.

Wallahualam.

Mohd Haris b. Hairun Paezi

28 Februari 2008

 

kembali ke laman Dari Pena


 

 
 
 

" Sesungguhnya Allah reda bagi kamu tiga perkara. Reda bahawa kamu beribadat kepada Nya dan sekali-kali tidak syirik dengan Nya sesuatu pun, berpegang dengan tali Allah semuanya dan jangan bercerai-berai dan saling menasihati sesiapa yang Allah berikan kuasa dalam urusanmu. "

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a

 

 

  

© 2006 - 2009 Mindvision Training & Services. All rights reserved.