|
DARI PENA PENGARAH
Imiginasi dan Kejayaan
Pernahkan anda
membuat rakit buluh ? Cuba anda bayangkan anda sedang membina sebuah
rakit daripada buluh. Bayangkan bagaimana anda mengikat buluh-buluh
tersebut dengan tali dan bayangkan anda sedang berada diatas rakit
tersebut menyusuri sungai. Jika pada suatu hari nanti anda
berpeluang untuk membuat rakit buluh sendiri, pastinya anda boleh
membuatnya dengan imiginasi anda sekarang.
Jangan kita
memandang enteng tentang imiginasi kerana imiginasi bukannya
gambaran kosong atau angan-angan sahaja. Tetapi imiginasi adalah
satu kaedah yang boleh memungkinkan realiti dalam banyak perkara.
Sejarah telah
membuktikan bahawa banyak tokoh ilmuan menjadi terkenal hasil
imiginasinya yang luar biasa. Saya ambil contoh Albert Einstein yang
menyatakan bahawa tenaga terhasil dari imiginasi. Malah beliau
pernah ditanya bagaimana beliau mampu menghasilkan begitu banyak
teori yang diluar pemikiran manusia ketika itu, beliau menjawab
imiginasilah yang menjadi salah satu bahan bakar untuk beliau
berfikir sedemikian.
Bagaimana
imiginasi yang dihasilkan ini boleh menjurus kepada realiti ?
Pada
prinsipnya, fikiran kita merupakan satu sistem yang luar biasa yang
menjadi pengerak keatas apa yang kita inginkan. Fikiran
mengkoordinasikan sistem yang kompleks yang mengabungkan sistem
kimia dan fizik untuk satu keseragaman yang membawa kepada perbuatan
dan tingkahlaku kearah untuk mencapai apa yang dikehendaki.
Setiap orang
boleh berangan-angan tentang masa depannya. Berangan-angan menjadi
seorang wartawan dan penyampai stesen televisen contohnya. Imiginasi
tentang kerjaya ini akan mempengaruhi sistem badan untuk
melaksanakan perubahan untuk seseorang bertindakbalas seperti
seorang wartawan. Secara tidak langsung seseorang itu akan mula
belajar berkomunikasi, menulis dan menjaga penampilan diri.
Dengan
mewujudkan angan-angan inilah imiginasi mula memainkan peranan.
Apabila seseorang mula merencana dan meletakkan imiginasi untuk
mendapatkan sesuatu, sistem badan akan mulai mencari jalan bagaimana
untuk merealisasikan apa yang sudah difikirkan.
Ada satu kisah
tentang bagaimana kekuatan imiginasi boleh membawa kepada kejayaan.
Seorang
tentera yang bernama Major James Nesmeth yang begitu berminat dalam
permainan golf. Beliau sudah merencanakan hasratnya untuk belajar
bermain golf tetapi tidak kesampaian apabila beliau dihantar
bertugas ke Vietnam Utara.
Malangnya
semasa di Vietnam, beliau ditangkap tentera musuh dan dipenjarakan.
Beliau dimasukkan ke sel yang sempit dan kotor serta tidak
dibenarkan berkomunikasi dalam apa cara sekalipun dengan sesiapa.
Keadaan begini sudah pastinya memberi tekanan dari segi emosi dan
fizikal beliau.
Oleh kerana
beliau seorang tentera dan telah dilatih untuk menghadapi saat
sebegini maka beliau menguatkan mentalnya agar tidak dipengaruhi
oleh keadaan yang amat menyulitkan. Maka beliau mula mencipta
imiginasi sendiri.
Setiap hari
beliau akan memperuntukkan masa selama empat jam untuk berimiginasi
bermain golf di sebuah padang golf 18 lubang yang indah. Beliau
membentuk imiginasi yang tetap setiap hari selama tujuh tahun beliau
dipenjarakan.
Pada tahun
ketujuh beliau dibebaskan dari penjara dan pulang kenegaranya. Untuk
melupakan kenangan pahit semasa dipenjara, beliau mula bermain golf.
Dalam permainan pertamanya, beliau berjaya menandingi lawannya
dengan 20 pukulan dibawah par. Orang ramai pun bertanya daripada
siapa beliau berlatih. “ Aku belajar selama tujuh tahun ketika di
Vietnam di dalam penjara daripada imiginasi ku “ kata Mejar James.
Kisah Mejar
James jelas menunjukkan kepada kita tentang kekuatan imiginasi. Kita
mewujudkan dan mengambarkan apa yang kita mahu dalam fikiran kita.
Imiginasi adalah tenaga yang mana kalau diolah secara berterusan
akan memberikan kita satu kekuatan untuk mampu mencapainya.
Dengan
kekuatan imiginasi, masa depan akan menjadi milik anda sesuai dengan
apa yang kita cita-citakan. Seperti kata Stephen Covey dalam bukunya
7 habits, “ Kita mencipta imiginasi dahulu sebelum mencipta sesuatu
fizikal “
Semakin kuat
gambaran imiginasi yang anda miliki, semakin besar tenaga yang anda
akan miliki untuk menjadikan ia realiti. Sebaliknya jika anda mula
membayangkan yang buruk dan negatif, anda akan mewujudkan tenaga
negatif dan akan melemahkan untuk mencapai imiginasi tersebut.
Anggaplah
imiginasi sebagai kenderaan bagi anda untuk mencapai apa saja yang
anda impikan dan cita-citakan. Jaga ia dengan baik, bersihkan ia,
servis selalu, elakkan dari kemalangan dan pastinya ia akan membawa
anda kedestinasi yang anda impikan.
Wallahualam
Mohd Haris b. Hairun Paezi
15 Mac 2008
kembali ke laman Dari Pena
|