|
DARI PENA PENGARAH
Kenyataan Hidup Disebalik Permainan Ini
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya
ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur,
di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka
berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam
! "
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian
mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin
cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang
perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!",
jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan
diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan
kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka
sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan
berhenti.
Guru
tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat
Islam. Mulanya yang hak itu hak, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita
memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan
sesuatu, dari yang hak menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama
mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana
terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka,
akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda
mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti
membalik dan menukar nilai dan ketika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,
zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang
lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan,
hiburan yang mengasyikan dan panjang sehingga melupakan yang wajib
adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup. Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham ?"
tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
"Baik
permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu
ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah permaidani. Sekarang
anda berdiri diluar permaidani. Permainannya adalah, bagaimana
caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah permaidani tanpa
memijak permaidani tersebut ? "
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba mendapatkan dengan
berbagai kaedah seperti dengan tongkat dan lain-lain.
Akhirnya Guru menunjukkan jalan penyelesaiannya, beliau
mengulungkan permaidani, dan di ambil Qur'an tersebut. Ia memenuhi
syarat, tidak memijak karpet." Murid-murid, begitulah umat Islam
dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak
anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah
mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan
mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir,
sehingga anda tidak sedari.
"Jika
seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.
Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau
dimulai dgn tapaknya dulu.
Peralatan dalam rumah seperti perabut dikeluarkan, bumbung dibuka,
kemudiannya pintu, tingkap, dinding dan akhirnya lantai serta
tiang-tiangnya ".
"Begitulah
musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menyerang
terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan memusnahkan anda. Mulai
dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun anda Islam, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua
adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita ".
"Kenapa
mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita cikgu ?" tanya
murid- murid.
"Sesungguhnya
dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang
Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah
Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar,
akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan,
mereka
akan
bangkit serentak, baru mereka akan sedar".
Mohd Haris b. Hairun Paezi
11 Ogos 2008
kembali ke laman Dari Pena
|