|
DARI PENA PENGARAH
MENDIDIK DENGAN
IRINGAN DOA
Mendidik
bermaksud menjaga, memelihara, melatih dan mengajar. Orang yang
diamanahkan untuk tujuan tersebut di institusi-institusi pendidikan
formal adalah guru-guru atau pendidik.
Peranan pendidik
ialah memberi atau menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan akhlak
mulia, menjadi contoh dan teladan, mengawas, melatih, menilai dan
memperbaiki pelajar.
Tugas
menyampaikan ilmu bagi para pendidik merupakan tugas dan
tanggungjawab yang sangat besar kerana menunaikan amanah Allah
seperti maksud hadis Rasulullah S.A.W
"
Setiap orang dari kamu ada tanggungan di bawahnya, dan setiap yang
ada tanggunggan bertanggungjawab terhadap orang di bawahnya ".
Guru sebaga
pendidik adalah 'role model' terbaik dalam pembentukan modal insan
negara. Justeru, sebagai cermin dan pembangun masyarakat, setiap
individu guru sewajarnya meningkatkan kecekapan din dengan sahsiah
yang terpuji di samping memiliki kesepaduan ilmu dunia dan akhirat.
Ini adalah kerana semua gerak geri, tutur kata dan tingkah laku guru
akan sentiasa menjadi ikutan para pelajar khasnya dan masyarakat
sekeliling amnya.
Di samping
membimbing para pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan kehidupan
akhirat, guru juga adalah tunjang pembina insan yang berakhlak mulia,
mencintai ilmu, prihatin, berdaya saing, bertanggungjawab, berbudaya,
beragama, beriman dan bertakwa sepanjang hayat.
Walau apapun
bentuk usaha yang dilakukan, yang menentukan kejayaan itu sebenarnya
adalah Allah S.W.T. Dalam hubungan in peranan doa adalah sangat
besar.
Doa
adalah ibadah dan merupakan senjata orang mukmin. Doa guru untuk
pelajar-pelajrr adalah sangat utama dalam usaha pembinaan insan
kamil. Pendidikan merupakan medan jihad dalam pembentukan manusia.
Redha kepada
Allah hendaklah dengan sepenuh hati seperti maksud hadis:
" Bila kamu mohon
sesuatu kepada Allah S.W.T maka mohonlah dengan penuh keyakinan
bahawa doamu akan terkabul Allah tidak akan memakbulkan doa orang
yang hatinya lalai dan lemah ".
Terdapat banyak
kelebihan doa dan menurut Rasulullah S.A.W :
" Tidak ada yang
lebih utama (mulia) di sisi Allah daripada doa".
"
Sesiapa tidak (pernah) berdoa kepada Allah maka Allah murka
kepadanya ".
"
Sesungguhnya Allah Amat Pemalu dan Maha Murah hati. Allah malu bila
ada hamba-Nya yang menadahkan tangan (memohon kepada-Nya) Ialu
dibiarkan kosong dan kecewa ".
Apabila segala
usaha yang menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran yang
bersesuaian telah dilakukan, maka guru-guru sewajarnya bertawakal
dan berdoa kepada Allah S.W.T supaya pendidikan yang diberikan itu
mendapat keberkatan dan keredaan-Nya. Insyaallah.
Selamat Hari Guru
Mohd Haris b. Hairun Paezi
16 Mei 2009
kembali ke laman Dari Pena
|