|
DARI PENA PENGARAH
Membudayakan Pemikiran Positif
Setiap
hari tanpa kita sedari, kita sebenarnya hidup dalam persekitaran
yang menguasai pemikiran kita untuk berfikiran negatif. Budaya
pemikiran negatif ini sebenarnya datang secara tidak langsung kepada
kita. Sebagai contoh, apabila kita bangun pagi untuk ke sekolah, ke
kuliah ataupun ke tempat kerja, perkara yang kita takutkan ialah
LEWAT. Kelewatan atau datang lambat adalah perkataan negatif yang
jarang kita ambil kisah. Ianya membentuk pemikiran kita kearah
sesuatu yang negatif ! akhirnya memang kita akan biasa untuk lewat
kesuatu destinasi.
Tidakkah
anda pernah melalui situasi begini ? Samada anda lewat atau orang
yang anda tunggu untuk berjumpa anda datang lewat. Ini adalah kerana
budaya lewat telah menjadi sesuatu yang sebati dalam kehidupan
masyarakat kita. Mengapa perkara ini terjadi ? Jawapanya adalah
kerana sejak dari kecil lagi kita telah membentuk pemikiran kita
tentang LEWAT ini dan akhirnya ianya telah menjadi DIRI kita sendiri.
Lewat atau
lambat adalah perkataan negatif yang juga bermaksud TIDAK.
Otak manusia sebenarnya tidak memahami perkataan TIDAK kerana
otak manusia berfikir secara logik ( BENAR ). Jika kita mengajar
otak untuk memahami perkataan TIDAK, maka respon yang
diberikan olehnya ialah sesuatu yang negatif. Ingat ! anda hanya
menyebut perkataan lewat dan seterusnya otak akan mentafsirkan
sesuatu yang negatif dan akhirnya anda benar-benar lewat ke sekolah,
ke kuliah dan ke tempat kerja.
Satu ujian
yang boleh mengungkapkan definasi diatas adalah seperti berikut :
Saya
mahu anda TIDAK membayangkan sebuah kereta BMW berwarna
MERAH.
Apa yang anda bayangkan
sebentar tadi, pasti ianya sebuah kereta BMW berwarna merah.
Sedangkan saya TIDAK mahu anda membayangkan sedemikian. Ini
menunjukkan otak kita tidak memahami perkataan TIDAK dan
hanya akan mencari sesuatu yang logik iaitu kereta BMW merah.
Perkataan-perkataan
negatif ( TIDAK ) yang seringkali kita gunapakai adalah
seperti :
- Tiada masalah ( No
problem )
- Susah
- Saya cuba
- Mampukah
- Ada peluangkah
- Kalau ada nasib
Untuk
menjadikan diri kita berjaya, kita harus berfikiran karah untuk
kejayaan yakni berfikiran positif. Pemikiran positif akan seiring
dengan cara otak kita berfikir. Jika kita mengantikan perkataan
LEWAT dengan perkataan AWAL pastinya otak kita memahaminya dan
secara tidak langsung otak mengarahkan sistem badan untuk sentiasa
cergas, pantas dan memberi fokus untuk mencapainya.
Jangan
sesekali membiarkan diri kita dipengaruhi oleh pemikiran negatif
kerana ianya akan melemahkan kita dan merencatkan segala apa yang
kita rancangkan dalam kehidupan kita. Pepatah inggeris ada
mengatakan You Are What You Think. Jika tiba-tiba pemikiran
negatif bermain di benak fikiran kita lakukan ini, gunakan ibu
jari dan kesatkan di dahi anda seumpama anda memadam sesuatu
apabila secara tiba-tiba anda mula hendak berfikiran negatif.
Cakapkan dalam hati anda, aku memadam pemikiran dan tanggapan
negatif ini dari diri aku.
Saya
mempunyai seorang kawan yang apabila diminta untuk melaksanakan
sesuatu perkara dia akan menjawabnya dengan perkataan Consider It
Done. Beliau menggunakan perkataan positif yang membawa maksud
selesai. Perkataan selesai ( Ya ) difahami oleh otak dan otak
akan mentafsirkannya sebagai sesuatu yang harus dilakukan dan
diselesaikan. Seperkara lagi, orang yang meminta beliau melaksanakan
sesuatu itu akan berasa senang hati dengan kata-kata tersebut dan
menganggap bahawa beliau sangat mampu melaksanakan.
Masyarakat
kita apabila diminta melakukan seuatu perkara seringkali menggunakan
perkataan No problem. Walaupun jika didengar ianya seperti
tiada apa-apa tetapi
perkataan NO dan PROBLEM
itu adalah perkataan TIDAK bagi otak.
Mulai saat
ini marilah kita bersama-sama mengikis tanggapan dan pemikiran
negatif jauh dari diri kita dan membudayakan pemikiran positif jika
kita mahu menjadi masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang
yang sebagaimana diungkapkan sebagai masyarakat berfikiran kelas
pertama.
(
Balasan ) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak
akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan Nya kepada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri. Dan ( ingatlah ) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi
Maha Mengetahui ( Al-Anfal ayat 53 )
Insyaallah.
Mohd Haris b. Hairun Paezi
12 Mac 2008
kembali ke laman Dari Pena
|