M  I  N  D  V  I  S  I  O  N     M  E  R  E  A  L  I  S  A  S  I  K  A  N     P  E  M  B  A   N  G  U  N  A  N     M  O  D  A  L     I  N  S  A  N     N  E  G  A  R  A

.
 

 

 

 
.

 

 
 

DARI PENA PENGARAH

Remaja dan Jiwa Hipokrit

Setahun berlalu meninggalkan kita dengan seribu kenangan. Tahun 2007 saya telah melatih lebih dari 3000 orang peserta yang kebanyakannya adalah remaja. Dengan kesempatan untuk melatih remaja ini saya berpeluang untuk menyusup masuk ke dalam jiwa mereka bagi memahami dengan lebih mendalam satu perkara yang unik iaitu JIWA REMAJA.

Jiwa remaja sememangnya sesuatu yang kompleks dan perlu di fahami secara mendalam dan lebih lanjut. Remaja zaman sekarang tidak kira lelaki mahupun perempuan, berpendidikan atau tidak semuanya mempunyai jiwa yang sama iaitu mereka samada disedari atau tidak mempunyai sikap HIPOKRIT atau bermuka-muka.

Sikap hipokrit ini menjadi racun yang akan menyebabkan remaja mengalami kekeliruan dari segi identiti sebenar mereka yang boleh membawa kepada kemunduran dalam pelbagai aspek seperti pergaulan dan tingkahlaku. 

Saya ambil contoh seorang pelajar yang mengikuti program bersama saya tahun lalu yang semasa di sekolah menunjukkan sikap yang baik, dihormati dan disayangi rakan dan guru.

Semasa mengikuti kursus, pelajar ini juga menunjukkan sikap yang sama dengan memberi komitmen yang tinggi, pandai bercakap serta boleh memimpin dan mempengaruhi orang lain. Namun begitu ada sesuatu yang merimaskan saya apabila saya mendengar cerita-cerita dari beberapa peserta lain tentang tingkahlaku pelajar ini diluar sekolah.

Saya menyelidiki latar belakang pelajar ini dan akhirnya saya mendapat bukti kukuh tentang sikap sebenarnya yang amat tidak sesuai untuk pelajar ini memegang jawatan penting di sekolah dan membimbing pelajar lain.

Apabila diperhatikan, karektor pelajar ini menampakkan seorang yang sopan, lemah lembut  dan berakhlak baik. Karektornya berubah sama sekali di luar dengan menunjukkan sikap yang amat berbeza.

Jelas disini, pelajar ini hanya bermuka-muka apabila berada disekolah dengan menunjukkan imej yang bersih untuk mendapat perhatian rakan dan guru. Apa akan jadi jika mereka mengetahui tentang imej sebenar pelajar ini ? sudah pasti kepercayaan yang diberikan selama ini akan dianggap sia-sia sahaja.

Mengapa perkara ini berlaku dalam diri remaja kita ?

Bermuka-muka untuk menunjukkan kebaikan sedangkan sikap sebenar mereka amat liar. Ada yang bermuka-muka untuk menunjukkan yang merekalah yang paling nakal sedangkan mereka sebenarnya takut untuk bertindak demikian.

Mengapa harus HIPOKRIT ?

Jangan wujudkan kepercayaan orang dengan kepuraan-puraan anda. Jangan jadikan orang membenci anda dengan kepura-puraan anda.   

Daripada Abdullah bin Amru bin Al'As r.a., Nabi s.a.w bersabda, maksudnya

" Empat perkara siapa yang mempunyainya maka jadilah di munafik yang sebenarnya, dan siapa yang mempunyai satu cabang daripadanya, nescaya sia mempunyai satu cabang daripada sifat nifaq sehingga dia meninggalkanya. Apabila diberi amanah dia khianat, apabila bercakap di dusta, apabila membuat perjanjian dia melanggarnya dan apabila bergaduh dia melampaui. "

Mohd Haris b. Hairun Paezi

2 Januari 2008

 

kembali ke laman Dari Pena


 

 
 
 

" Sesungguhnya Allah reda bagi kamu tiga perkara. Reda bahawa kamu beribadat kepada Nya dan sekali-kali tidak syirik dengan Nya sesuatu pun, berpegang dengan tali Allah semuanya dan jangan bercerai-berai dan saling menasihati sesiapa yang Allah berikan kuasa dalam urusanmu. "

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a

 

 

  

© 2006 - 2009 Mindvision Training & Services. All rights reserved.