M  I  N  D  V  I  S  I  O  N     M  E  R  E  A  L  I  S  A  S  I  K  A  N     P  E  M  B  A   N  G  U  N  A  N     M  O  D  A  L     I  N  S  A  N     N  E  G  A  R  A

.
 

 

 

 
.

 

 
 

DARI PENA PENGARAH

TIPS MEMANTAPKAN PASUKAN KERJA

Menggalakkan Sikap Terbuka

Kerja berpasukan tetapi berahsia tidak seiringan. Adakan perjumpaan berbentuk formal ataupun tidak formal secara kerap. Ini akan member peluang kepada semua ahli pasukan untuk bersikap lebih terbuka.

Menggalakkan Perkongsian Idea

Seseoran individu lebih mudah mengeluarkan idea-idea yang bermutu apabila bekerja dalam sebuah pasukan daripada bekerja secara berseorangan. Hormat dan galakkan perbincangan terbuka untuk setiap idea yang dikemukakan.

Memaksimumkan Pencapaian Pasukan

Setiap individu dalam pasukan harus bertanggungjawab penuh untuk kerja-kerja yang dilakukan. Ketua harus member galakan dan kepercayaan untuk melaksanakan serta memperbaiki kelemahan diri kerana ini dapat meningkatkan sumbangan mereka kepada pasukan.

Menyelesaikan Konflik Dengan Segera

Bantu pasukan untuk mencari jalan menyelesaikan konflik yang menggangu perjalanan serta keberkesanan pasukan. Guna kaedah menyelesaikan konflik seperti Kaedah Bekerjasama, Kaedah Mengelak atau Kaedah Bertolak Ansur untuk menyelesaikan segera konflik.

Meningkatkan Mutu Pasukan

Pasukan yang ingin maju harus belajar mengenal pasti tugasan yang perlu dilakukan, menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama serta mencapai persetujuan secara consensus, seterusnya melaksanakan apa uang telah dipersetujui dengan yakin.

Bekerja Untuk Masa Depan

Kenalpasti cabaran-cabaran baru yang perlu dihadapi. Beri dorongan kepada pasukan untuk mencapai sasaran yang lebih besar. Kaji dan tingkatkan kemahiran ahli secara berterusan melalui program-program latihan yang bersesuaian. Adakan system ganjaran yang bersesuaian dengan hasil kerja yang dilakukan.

 

Mohd Haris b. Hairun Paezi

10 Mac 2009

 

kembali ke laman Dari Pena


 

 
 
 

" Sesungguhnya Allah reda bagi kamu tiga perkara. Reda bahawa kamu beribadat kepada Nya dan sekali-kali tidak syirik dengan Nya sesuatu pun, berpegang dengan tali Allah semuanya dan jangan bercerai-berai dan saling menasihati sesiapa yang Allah berikan kuasa dalam urusanmu. "

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a

 

  

© 2006 - 2009 Mindvision Training & Services. All rights reserved.