|
DARI PENA PENGARAH
TIPS MENINGKATKAN
KECEMERLANGAN DIRI DI TEMPAT KERJA
Kenali kehebatan dan potensi diri anda.
Setiap manusia mempunyai 100,000,000,000 neuron di dalam otak.
Masing-masing tersedia untuk digunakan dengan sempurna. Cari
kehebatan dan potensi diri anda, jika telah menjumpainya, gunakan
dan perbaiki dari masa kesemasa.
Anda hebat jika –
-
Boleh menyiapkan
tugasan yang diberikan dengan baik sebelum berakhir tempoh
diperuntukkan.
-
Tidak pernah
mengambil cuti tahunan mahupun MC.
-
Mempunyai
perwatakan yang disenangi rakan sekerja mahupun majikan.
-
Bijak berbicara
dan dapat melahirkan idea yang mendapat pujian rakan sekerja
mahupun majikan.
-
Pendapatan yang
diperolehi sentiasa melebihi keperluan anda.
-
Bijak mengurus
masa anda.
Bermatlamat dan berwawasan
Setiap langkah dalam perjalanan seseorang pastinya akan menuju
kesatu destinasi. Tidak ada seorang pun yang melangkah tanpa
destinasi. Inilah kehidupan, samada ianya untuk mencapai
kecemerlangan dunia mahupun akhirat ataupun kedua-duanya. Pastinya
setiap dari kita mahukan kejayaan. Tetapi adalah kita berusaha
mencapainya ?
Anda Berwawasan jika –
-
Berusaha
memperbaiki dan melakukan perubahan positif dari segi akhlak,
tingkahlaku dan sebagainya.
-
Berusaha
meningkatkan ilmu pengetahuan dan sentiasa merasakan terlalu
banyak yang masih belum anda pelajari lagi.
-
Berusaha
meningkatkan prestasi kerja walaupun seringkali diberi pujian
atas prestasi kerja anda.
Melonjakkan Ilmu
Menggunakan segala apa yang telah dikurniakan kepada kita dengan
sebaiknya. Otak merupakkan satu anugerah yang tiada tolok bandingnya.
Mereka yang menggunakan dengan cara yang baik pasti akan mencapai
apa yang direncanakan. Senantiasa mengasah potensi akal dan bijak
mentafsir yang mana baik dan yang mana buruk.
Memelihara Amanah
Memahami amanah sebagai suatu yang perlu dijaga kerana ianya
merupakan tunjang kekuatan seseorang. Kita sendiri adalah amanah
dari tuhan untuk melakukan kebaikan, memelihara dan menjunjung
kebaikan.
Anda Beramanah jika –
-
Menjaga diri
dari perkara yang merosakkan
-
Menjaga keluarga
dari perkara yang merosakkan
-
Menjaga masa
dari perkara yang merugikan
-
Melaksanakan
tugas dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh
-
Menjaga amal
ibadah
Berfikiran Positif
Seseorang yang hebat dimedan tempur seperti pehlawan mempunyai
rahsia kekuatan mereka. Salah satunya ialah mereka senantiasa
berfikiran positif dan membuang semua tanggapan negative yan boleh
melemahkan mereka. Maka tidak hairanlah jika kita banyak mendengar
kejayaan pahlawan-pahlawan yang berhadapan dengan jumlah musuh yang
lebih ramai dari mereka.
Anda Berfikiran Positif jika –
-
Menganggap tugas
anda sebagai suatu yang paling berharga dan penting dalam hidup
anda.
-
Melihat
tanggungjawab anda sebagai sesuatu yang seronok untuk
dilaksanakan.
-
Menganggap
pendapatan yang diperolehi sebagai hadiah yang paling bernilai
yang diperolehi anda setiap bulan dan berusaha menjaganya dengan
baik.
-
Menganggap
majikan anda sebagai seorang ketua yang sangat anda sayangi dan
hormati.
Menjaga hubungan dengan rakan sekerja
Tanpa rakan sekerja, anda pastinya tidak dapat melaksanakan semua
tugas. Setiap orang mempunyai tanggungjawab sendiri. Bagi menjadikan
kita senantiasa cemerlang dalam tugas, kita harus menjaga hubungan
baik kita dengan rakan setugas yang lain. Konflik antara rakan
sekerja seringkali timbul disebabkan ketisepakatan dari segi
pendapat dan pemikiran. Elakkan dari menjaga tepi kain orang, lebih
baik kita membeti tumpuan untuk memajukan diri kita sendiri terlebih
dahulu.
Mohd Haris b. Hairun Paezi
2
Mac 2009
kembali ke laman Dari Pena
|