|
Mindvision Training
& Services bertapak dalam bidang perundingan dan pengendalian program latihan
dan motivasi sejak tahun 2004.
Dengan mempunyai
fasilitator dan jurulatih yang berpengalaman luas dalam bidang ini
kami yakin dapat membantu pihak sekolah, agensi atau organisasi
dalam mencapai objektif untuk memiliki pelajar, pekerja atau ahli
yang dinamik dan produktif.
Modul- modul kami
merupakan modul tersendiri yang berkualiti dan dapat memberi impak
secara langsung bagi memperkukuhkan
kekuatan minda, menguatkan jatidiri, memantapkan kekuatan fizikal dan mengimbangkan aspek
kerohanian dalam diri bagi mewujudkan generasi yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Keutamaan kami ialah
kualiti, dimana kami akan berusaha sedaya upaya kami untuk mencapaikan objektif
program yang telah ditetapkan oleh pihak pelanggan. Bagi merealisasikan
matlamat ini, kami mengamalkan konsep 3S iaitu memberi khidmat
sebelum, semasa dan selepas program. Modul
yang diguna pakai adalah berkualiti, bersesuaian dan terarah kepada
matlamat program. Penceramah, fasilitator dan jurulatih Mindvision
terdiri daripada individu-individu yang terlatih dan berpengalaman
luas serta disenangi dikalangan peserta.
Rasailah perbezaan menjalankan program
dengan Mindvision Training, dengan program-program yang berkualiti kami
menjanjikan kepuasan dan pengalaman yang berbeza kepada peserta disamping matlamat penting kami
adalah
untuk mendidik kearah susuatu yang lebih cemerlang daripada hari ni.
 
MISI DAN
VISI MINDVISION
Mindvision Training bertekad untuk muncul sebagai
sebuah syarikat perunding profesional dan pengendali latihan utama
yang diiktiraf, disegani dan berperanan dalam mewujudkan generasi
yang ampuh dan mampu membawa cabaran di masa akan datang.

OBJEKTIF
SYARIKAT
1. Menawarkan
perkhidmatan profesional dan berkualiti bagi memenuhi keperluan
pelanggan.
2. Menjadi salah sebuah firma perunding berwibawa
yang dikenali dan aktif dalam bidang latihan.
3. Membantu merealisasikan pembangunan modal insan
negara.
4. Mendidik dan membentuk peserta kearah
matlamat-matlamat positif.

KEISTIMEWAAN
MINDVISION
Kami di
Mindvision amat menitikberatkan tentang keberkesanan sesebuah
program latihan agar segala objektif program akan tercapai bagi
memenuhi kehendak pelanggan. Kami melakukan perubahan besar kepada
konsep program kami yang berbeza dengan program latihan ditempat
lain dengan mewujudkan 'mood' yang tersendiri ke dalam diri peserta
agar minda mereka sentiasa teransang untuk menerima dan memahami
segala apa yang dipelajari.
-
Modul
tersendiri dengan aktiviti yang meransang minda peserta.
-
Penceramah &
Jurulatih yang terlatih, berpengalaman dan disenangi oleh
peserta.
-
Perlaksanaan program menggunakan
konsep terbaru yang tidak langsung memberi tekanan kepada
peserta.
-
Menggunakan teknologi terkini
sebagai medium perlaksanaan program
PANEL KEM LATIHAN

Mindvision telah dilantik sebagai
panel perunding untuk Lembah Azwen Resort sejak 2006. sila layari
www.lembahazwenresort.com
untuk maklumat lanjut berkaitan pusat latihan ini.
PENDAFTARAN VENDOR DAN SYARIKAT PERUNDING
Mindvision berdaftar sebagai vendor
dan syarikat perunding program kepada
- UITM ( Vendor )
- UPM ( Perunding
Program Latihan )
KAMI TELAH
MEMBANTU MEREALISASIKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN UNTUK :
Institut Latihan & Dakwah Selangor
( ILDAS )
Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Melaka
Koperasi KOSWIP (M) Berhad
Jabatan Perdana Menteri
Institut Kemahiran Belia Negara (
Dusun Tua )
Institut Latihan Teknologi Tinggi (
ADTEC ) Shah Alam
Kolej Komuniti ( Jelebu )
Burnmark Industries Sdn. Bhd.
Program Tajaan Jabatan Pembangunan
Komuniti dan Sosial DBKL
Program Tajaan Yayasan Pelajaran Mara
Universiti Perguruan Sultan Idris (
UPSI )
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM )
Universiti Kuala Lumpur ( UNIKLBMI )
Universiti Teknologi Mara ( UITM )
Institut Al-Quran Kuala Lumpur ( IQKL
)
Gerakan Belia 4B ( Caw. Kampung Tengah,
Lenggeng, N Sembilan
)
Beaconhouse Sri Inai
Kolej Tunku Kurshiah
Sekolah Sri Puteri
Sekolah Menengah Sains Selangor
SMK (P) Pudu, Kuala Lumpur
SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara, Selangor
SMK Putrajaya Precint (II ) 1,
Putrajaya
SMK Puchong Utama, Puchong, Selangor
SMK Sri Andalas, Kelang Selangor
SMK Meru, Kelang, Selangor
SMKA Nibong Tebal, Pulau Pinang
SMK TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor
SMK Telok Gadong, Kelang, Selangor
SMK Bandar Damai Perdana, Kuala Lumpur
SMK Petaling, Selangor
SMK Sri Perak, Perak
SMK Pandan Indah, Kuala Lumpur
SM Teknik Muadzam Shah, Pahang
SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor
SK Sri Anggerik, Kuala Lumpur
SK Bandar Tun Hussein Onn
SK Ampang Campuran, Ampang, Selangor
SK Bandar Teknologi Kajang, Selangor
SK Bandar Rinching, Selangor
SK Sungai Udang, Kelang, Selangor
SK Seksyen 20 Shah Alam, Selangor
SK Seksyen 6 Kota Damansara, Selangor
SK Seksyen 7 Kota Damansara, Selangor
SK Batu 9 Cheras, Selangor
SK Putrajaya Precint 16 (1), Putrajaya
SK Bangi
SRA Diniatul Islamiyah, Desa Tasek
SRA Taman Dato Harun
SRA Sri Pantai
Pakej
Program |
Program Latihan
|
Takwim Program 2008
|
Program-program 2008 |
Takwim Program 2007
|
Program-program 2007 |
Keratan Akhbar
|
Video
Program |
Login Email |