M  I  N  D  V  I  S  I  O  N     M  E  R  E  A  L  I  S  A  S  I  K  A  N     P  E  M  B  A   N  G  U  N  A  N     M  O  D  A  L     I  N  S  A  N     N  E  G  A  R  A

.
 

 

 

 
.

 

 
 

DARI PENA PENGARAH

Peranan Ibubapa Dalam Mendidik

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Beberapa minggu lalu saya berkesempatan ke Melaka untuk menerima undangan ceramah bagi Program Pencegahan Penagihan Semula, Agensi Antidadah Kebangsaan. Saya diminta memberi ceramah bertajuk Peranan Keluarga Dalam Meneruskan Pemantapan Kepulihan Diri Sepanjang Hayat.

Program ini dilaksanakan bagi memberi pengetahuan kepada keluarga dan masyarakat tentang kepentingan pencegahan penagihan semula. Keluarga dan masyarakt merupakan agen penting yang dapat membantu Insan Baru ( Nama yang saya gunakan bagi mengantikan perkataan Bekas Penagih ) dalam kepulihan diri sepanjang hayat.

Justeru itu penglibatan keluarga amatlah diharapkan dalam program sebegini. Amat dukacita sekali apabila bilangan ibu bapa Insan Baru yang hadir pada hari tersebut sangat sedikit sekali. Namun saya amat berbangga pula dengan penglibatan anggota masyarakat khususnya Anggota RELA dan pertubuhan belia yang datang ke program tersebut.

Maka saya terpaksa menukar tajuk ceramah kepada  Peranan Keluarga dan Masyarakat Dalam Meneruskan Pemantapan Kepulihan Diri Sepanjang Hayat.

Apa yang ingin saya tekankan disini ialah mentaliti ibubapa sekarang yang terlalu bersifat simplistik dan tidak mahu melibatkan diri secara langsung dalam perkembangan sahsiah mahupun akademik anak-anak mereka. Adalah ibubapa sekarang terlalu sibuk hinggakan urusan atau tanggunjawab utama mendidik anak-anak diabaikan ?

Peranan ibubapa amatlah diharapkan untuk membentuk generasi muda sekarang yang terdedah kepada gejala negatif luar kawal yang mana jika tidak dicegah akan mendatangkan kemudaratan yang serius kepada mereka dan institusi keluarga.

Jika dilihat kepada masalah sosial yang berlaku dikalangan generasi muda sekarang, kebanyakannya adalah disebabkan oleh kelonggaran ibubapa dalam mengawal tingkahlaku serta perhubungan anak-anak mereka. Memanglah banyak faktor yang mendorong kepada permasalahan ini tetapi ini semua dapat dikawal jika ibubapa mempunyai pengetahuan dalam kaedah mendidik dan mengawal tingkahlaku anak-anak.

Kursus dan bengkel keibubapaan banyak dianjurkan diluar sana, luangkan sedikit masa untuk menghadirkan diri dan timba ilmu pengetahuan baru tentang kaedah pendidikan anak-anak zaman sekarang. Jangan sibuk menimba maklumat berkaitan politik dan belajar cara nak buat duit sahaja.Pendidikan anak-anak juga penting kerana apabila mati kelak, hanya doa anak soleh yang dapat membantu, bukannya doa dari cucu, ibubapa, sahabat dll.

Saya mencadangkan ibubapa diluar sana membaca buku terbitan IKIM berjudul PERANAN IBUBAPA DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK-ANAK ; Siti Fatimah Abd Rahman. Buku ini mengandungi topik-topik yang berkaitan dengan keibubapaan seperti :

  • Ibu bapa sebagai penentu sahsiah anak-anak

  • Tahap perkembangan anak-anak serta keperluan mereka

  • Bagaimana ibubapa dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam perkembangan sahsiah anak-anak

  • Pendekatan bijak menangani anak-anak bermasalah

Sabda Rasulullah SAW

" Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibubapalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi. "

 

Mohd Haris b. Hairun Paezi

22 Mei 2008

 

kembali ke laman Dari Pena


 

 
 
 

" Sesungguhnya Allah reda bagi kamu tiga perkara. Reda bahawa kamu beribadat kepada Nya dan sekali-kali tidak syirik dengan Nya sesuatu pun, berpegang dengan tali Allah semuanya dan jangan bercerai-berai dan saling menasihati sesiapa yang Allah berikan kuasa dalam urusanmu. "

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a

 

 

  

© 2006 - 2009 Mindvision Training & Services. All rights reserved.