MODUL LATIHAN
Modul latihan kami merupakan
modul yang digarap khusus untuk latihan yang memberi fokus untuk
pencetusan minda kearah perubahan sebagaimana yang dikehendaki oleh
pihak pelanggan.
Kesemua modul berbentuk
experiential learning yang mana ianya mudah difahami, menyeronokan
dan dapat memberi impak besar kepada peserta jika dilaksanakan
dengan berkesan.
Kesemua modul dibentuk dengan mengambil kira objektif
dan sasaran kursus dan dapat diterima pakai pada semua peringkat
umur peserta, tahap pemikiran dan pendidikan.
MODUL
AKTIVITI DALAMAN
Emergency Boat
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan, Pengurusan
Konflik, Menyelesaikan Masalah dan Kepimpinan, Kemahiran Berunding.
Jangkamasa :
1 jam 30 minit
Sinopsis
: Suatu ketika berlakunya peristiwa sebuah kapal yang dilanda ombak
besar yang menyebabkan ia terbalik. Semua penumpang kapal telah mati
kecuali 10 orang penumpang kapal yang terselamat bersama-sama kapten
kapal. Hanya terdapat sebuah bot penyelamat sahaja yang boleh
dinaiki oleh 2 orang. Bagaimana menyelesaikan konflik ini, kerana
kapal akan karam dalama masa 30 minit sahaja.
Red Blue Chip
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pengurusan Risiko, Analisis,
Kepimpinan Organisasi
Jangkamasa :
1 jam 30 minit
Sinopsis
: 10 kumpulan, 10 pusingan, pasaran saham sangat aktif, ekonomi yang
turun naik, namun risiko harus diambil juga. Pasaran saham biru dan
merah yang berisiko tinggi, keputusan untuk membuat pelaburan dengan
jumlah tertentu memberi risiko kepada pelabur jika berlaku kerugian
yang mungkin boleh mengakibatkan mereka menjadi muflis.
Cast Away
Bentuk
Aktiviti : Individu
Jangkamasa :
1 jam 30 minit
Kesesuaian
Untuk : Pemikiran Kreatif, Pemikirian Kritis, Komunikasi
Berkesan
Sinopsis
: Terdampar di sebuah pulau tidak berpenghuni dengan hanya ada satu
barang sahaja bersama-sama yang harus digunakan untuk menyelamatkan
anda selama 30 hari terdampar dipulau tersebut. Bayangkan jika anda
hanya mempunyai beberapa keeping duit siling sahaja, apa yang boleh
dilakukan oleh anda daripada duit siling tersebut ?
Epilog Silam
Bentuk
Aktiviti : Individu
Jangkamasa :
1 jam 30 minit
Kesesuaian
Untuk : EQ, Hubungan Interpersonal dan Intrapersonal, Motivasi
diri
Sinopsis
: Gumpalan tanah liat yang dibentuk menjadikan arca kisah silam
dapat membantu menceritakan kisah silam yang tak pernah diceritakan
atau dikongsi dengan orang lain. selain dapat meredakan keluh kesah
yang lama terpendam ianya dapat menjadi pengajaran kepada orang lain
juga.
Roller Coaster Project
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan
Jangkamasa :
1 jam 30 minit
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pemikiran Kreatif, Pengurusan
Strategik
Sinopsis
: Membina projek mega bukanlah sesuatu yang mudah tanpa perancangan
yang baik, kreativiti dan kerjasama dari ahli kumpulan. Namun begitu
jika dilakukan dengan berkesan ianya pasti memuaskan hati dan
menyeronokan.
Save our Soul ( S.O.S )
Bentuk
Aktiviti : Individu
Kesesuaian
Untuk : Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah, EQ, Motivasi
Diri, Kemahiran Berunding
Jangkamasa :
1 jam 30 minit
Sinopsis
: Suatu ketika berlakunya peristiwa sebuah kapal yang terlanggar
batu karang yang mengakibatkan kebocoran besar yang akan menyebabkan
kapal akan karam. Malangnya hanya ada sebuah bot penyelamat sahaja
yang boleh digunakan. 100 penumpang kapal, 10 penumpang bot
penyelamat, bagaimana membuat keputusan.
Death Trap
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian
Untuk : Pengurusan Konflik, Menyelesaikan Masalah, Kepimpinan,
Berfikiran Kritis
Jangkamasa :
1 jam 30 minit
Sinopsis
: Sekumpulan peserta ekspedisi terperangkap dalam gua di dalam satu
ekspedisi gua di sebuah pulau. Kesilapan dilakukan oleh pemandu
ekspedisi mereka apabila menyangkakan pada hari itu air laut akan
pasang pada sebelah petang. Setelah kesemua peserta berada di dalam
gua, tiba-tiba air laut mula masuk kedalam pintu keluar yang
sepatutnya menjadi jalan keluar mereka pada pagi tersebut.
Pulau Impian
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan, Pengurusan Berkesan, Keusahawanan,
Kepimpinan, Pengurusan Masa.
Jangkamasa :
3 hari
Sinopsis
: Pegawai tanah yang meminta habuan atas kelulusan, pegawai bank
yang lewat memberi pinjaman, masa yang sangat singkat untuk
menyiapkan projek, harga barang yang tidak menentu, keadaan ekonomi
yang tidak stabil dan ahli kumpulan yang bermasalah. Inilah cabaran
yang harus ditempuhi anda dalam menyiap projek pulau impian.
MODUL
AKTIVITI LUARAN
Reef Knot
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan, Kepimpinan
Jangkamasa :
1 jam 30 minit
Sinopsis
: Membuat simpulan buku sila menggunakan seutas tali amat mudah dan
boleh disiapkan dalam masa kurang 10 saat. Bagaimana jika simpulan
tersebut harus dibuat menggunakan selembar tali jerami ( tali kapal
) sebesar lengan orang dewasa beramai-ramai, mungkin mengambil masa
lebih dari 1 jam, bayangkan jika dilaksanakan dibawah terik matahari
jam 2 petang !
Town Game
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama bBerpasukan, Motivasi Diri, Kreativiti
Jangkamasa :
1 jam 30 minit
Sinopsis
: Dalam usaha seseorang mencari sumber rezeki, banyak rintangan yang
harus ditempuhi yang kadangkala tanpa disedari, ada yang mengadai
maruah dan membahayakan diri. Walau apa jua rintangannya, pasti
seseorang itu harus juga berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki
untuk meneruskan kehidupan mereka.
War Game
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan ( Malam )
Keseuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan, Strategi dan Perancangan,
Kepimpinan dan komunikasi.
Jangkamasa :
2 jam
Sinopsis
: Di dalam peperangan ada pepatah menyatakan ‘ Samada anda membunuh
atau anda terbunuh ‘. Pepatah tersebut jelas menunjukkan di dalam
peperangan aka nada yang menang dan yang tewas. Strategi dan
perancangan rapi serta semangat kerjasama harus di digunajan
diperingkat yang semaksimum mungkin bagi mengelakkan anda terbunuh
atau tewas di dalam peperangan !
Benderaku
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan, Strategi, Kepimpinan dan
Komunikasi
Jangkamasa :
1 jam 30 minit
Sinopsis
: Menaikkan bendera dengan menggunakan paip berdiameter 2 cm dengan
ketinggian lebih dari 15 meter bukan sesuatu yang mudah jika tidak
mendapat kerjasama dari semua ahli pasukan.
Kunang-kunang
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan ( Malam )
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan,Memelihara Amanah, Kreativiti.
Jangkamasa :
1 jam 30 minit
Sinopsis
: Api lilin adalah amanah yang harus dibawa dan dijaga oleh peserta,
sukar apabila amanah tersebut hanya dipegang oleh 6 utas benang
disamping gangguan luar seperti angin yang boleh menyebabkan api
lilin terpadam.
Night Port
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan ( Malam )
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan, Komunikasi Berkesan
Jangkamasa :
1 jam 30 minit
Sinopsis
: Alat komunikasi yang sudah jarang digunakan adalah Kod Morse.
Bagaimana sebuah kapal harus sampai ke pelabuhan dalam keadaan gelap
hanya dengan berpandukan arahan menggunakan kod morse ?
Multiway Tug of War
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kemahiran Perundingan, Strategi
dan Perancangan
Jangkamasa :
1 jam
Sinopsis
: Pertandingan tarik tali empat penjuru dengan hanya satu
pemenang, suatu yang pelik tetapi boleh menjadi realiti bukan
berlandaskan kekuatan tetapi strategi yang berkesan.
Black Box Orienteering
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kepimpinan
Jangkamasa :
2 jam
Sinopsis
: Mencari arah menggunakan kompas ( orienteering ) merupakan sesuatu
yang seronok untuk dipelajari. Jika ianya dijadikan sebagai panduan
untuk mencari arah tempat tersembunyinya barang yang diperlukan
untuk melengkapkan ‘ puzzle ‘ dalam aktiviti ‘ ala xplorerace ‘,
pastinya lebih menyeronokkan dan mencabar.
Chest Key Hunt
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kepimpinan, Komunikasi Berkesan
Jangkamasa :
2 jam
Sinopsis
: Habuan yang akan diperolehi oleh pasukan yang menang adalah stok
barang makanan dan minuman. Ianya merupakan klimaks dalam pencarian
kunci peti yang mencabar ini. Strategi dan kadangkala nasib juga
memainkan peranan dalam aktiviti ini. Awas, anda harus mampu
berfikir secara kreatif dan berfikir diluar kotak pemikiran anda
jika tidak mahu kumpulan lain merampas kunci peti yang menjadi
rebutan.
Xplore Race
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan ( Berkereta )
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan
Jangkamasa :
3 jam
Sinopsis
: Aktiviti xplorerace diluar kawasan latihan dimana peserta bergerak
dalam kumpulan ( 4 orang ) menggunkan kenderaan. Setiap hentian (
check point ) mempunyai tugasan masing-masing yang mencabar minda,
fizikal dan emosi peserta.
Wacky Boat Race
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti dan Pengurusan Masa
Berkesan
Jangkamasa :
2 jam
Sinopsis
: Perlumbaan bot yang diperbuat dari kotak memang sesuatu yang
menyeronokkan. Kreativiti peserta untuk membina bot yang kalis air
amat penting kerana kotak tidak dapat bertahan lama dalam perlumbaan
di atas air sejauh 50 meter !
JBA Pak Pandir
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti
Jangkamasa :
2 jam
Sinopsis
: Membina empangan dan sistem saliran untuk mengalirkan air sungai
ke rumah. Mudah sahaja, tetapi bagaimana jika paip-paip yang
disediakan tidak sama saiz dan ada pula yang bocor.
Alamak ! Paip Bocor
Bentuk
Aktiviti : Berkumpulan
Kesesuaian
Untuk : Kerjasama Berpasukan, Kreativiti, Menyelesaikan Masalah
Jangkamasa :
1 jam 30 minit
Sinopsis
: Mengeluarkan bola
pingpong dari sebatang paip yang bocor dengan menggunakan air. Suatu
kerja yang memenatkan jika tidak menyelesaikan terlebih dahulu
permasalahan utama iaitu paip yang bocor !
|